Balasungkawa : Suhaimi Bin Joleman

Dari Ahmad Shafawi .........

BALASUNGKAWA: SUHAIMI BIN JOLEMAN @ MIE @ MIJO @ DUKE OF LANGGAR 9 APRIL 1965 – 25 OGOS 2006



Saya mendapat panggillan telefon dari sepupu Mie pada kira2 pukul 11.45 pagi semalam memberikan berita buruk. Memang tak boleh nak percaya… Setelah reda airmata, baru saya mula membuat panggilan kepada kawan2.

Mie meningal dunia akibat serangan sakit jantung pada lebih kurang pukul 11 pagi. Ketika itu beliau sedang menemani isteri beliau yang terlantar di Pantai Medical Centre akibat kemalangan jalanraya di Ipoh 2 minggu yang lalu. Kedua2 kaki isterinya patah dan dalam proses pemulihan. Menurut kakak Mie Kak Fauziah, Mie rebah dihadapan isterinya dan meninggal semasa dikejarkan ke ICU.

Saya sampai kerumah Kak Fauziah bersama Kayown pada lebih kurang pukul 1 tgh. Sekali lagi airmata kami bercucuran bila menatap wajah Mie. Selepas itu sedikit demi sedikit rakan2 mula sampai. Kerana menunggu ibu dan abang Mie sampai dari Johor dan Kedah, akhirnya jenazah Mie selamat dikebumikan dalam hujan gerimis di tanah perkuburan Kg Pantai Dalam pada lebih kurang 8.30 malam.

Mie mendirikan rumahtanga pada Sept 1997 dengan Wan Surainee Bt Wan Yahya @ Nett. Nett bertugas di Maybank cawangan Medan Tuanku dan mereka tidak mempunyai cahayamata. Saya agak rapat dengan pasangan ini kerana mempunyai minat yang sama iaitu menungang motosikal jarak jauh dan `last ride\' Mie adalah ketika kami menunggang ke Mersing 3 minggu yang lalu.

Akhirkata, saya mewakili Nett dan keluarganya memohan kiranya Mie ada berhutang dgn sesiapa bolehlah berhubung dgn saya agar dapat saya sampaikan pada Nett. Segala sumbangan kawan2 melalui saya belum sempat saya sampaikan, insyaallah saya buat minggu hadapan.

Semoga ALLAH swt mencucuri rahmat keatas rohmu, bersemadilah dengan aman MiJo kawanku, riding buddyku dan saudaraku. Kami akan sentiasa merinduimu…..Alfatihah. [extend]

    Events Calendar

    S M T W T F S
     
     
     
     
    1
     
    2
     
    3
     
    4
     
    5
     
    6
     
    7
     
    8
     
    9
     
    10
     
    11
     
    12
     
    13
     
    14
     
    15
     
    16
     
    17
     
    18
     
    19
     
    20
     
    21
     
    22
     
    23
     
    24
     
    25
     
    26
     
    27
     
    28
     
    29
     
    30
     
    31
     
    Add to calendar

    User login

    CAPTCHA
    This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
    Image CAPTCHA
    Copy the characters (respecting upper/lower case) from the image.