Pioneers 30 years anniversary
Dari Khuzaini Ismail
================ Kawan-kawan Sekelian
Hari ini 30 tahun yang lalu 1 Mac 1977, genap 30 tahun 149 pelajar Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA Kulim, melangkah kaki menerusi satu lagi cabaran hidup.
Hari ini juga genap 30 tahun persahabatan antara pelajar dan guru.
Hari ini genap 30 tahun lakaran sejarah kehidupan insan yang bermula di Jalan Junjung.
Saya bagi pihak semua Pioneers mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kami.
Guru, pentadbir, adik-adik dan semua yang telah secara langsung dan tidak langsung mencorakkan kehidupan kami, semoga Tuhan merahmati Tuan Puan semua.
Tiada perkataan dapat mencoret kegembiraan 30 tahun bersahabat Tiada lukisan dapat mengambarkan keindahan 30 tahun bersahabat Tiada perasaan yang dapat diluahkan merasai detik 30 tahun bersahabat
Suka duka yang dilalui, jerih perit yang dirasai namun kita terokai bersama.
SEMOGA 30 TAHUN PIONEERS MENJADIKAN KITA INSAN YANG BERGUNA BUAT AGAMA, NUSA DAN BANGSA.
Salah silap 30 Tahun bersama semoga Tuhan Ampuni kita semua. Semoga umur yang dipanjang diberkati dengan amal dan pengorbanan yang berterusan.
Jai 055/77[extend]

Events