Sejarah Awal

Sebelum 1977 MRSM Kulim telah di bina di kawasan yang dulu bekas Ladang Getah Seng Huat Brothers di simpang Jalan Kulim - Bukit Mertajam and Jalan Junjong. Kawasan itu terletak lebih kurang 2km dari pekan Kulim dan 8km dari pekan Junjong dengan ayarq terjun dia yang fulamak baguih..
Untuk hangpa yang tahu GPS , ia terletak di 100° 32 T dan 5° 21 U di kawasan seluas 60 ekar. (Kira tak berapa rugi belajarq Geografi dulu)
Jadi kawasAn tu agak terpencil dulu dengan cuma ada satu kampung kecil (Kampung Ayer Merah) sebagai jiran.
Pada masa tu kira kawasan tu ajer dikelaskan dari Kawasan Hitam yang dulunya di hantui komunis. Ada cerita kata dulu Rashid Maidin pun pernah turun dari teksi kat situ. Tapi walaupun terpencil tapi bas banyak jadi kalau nak pi ke Kulim tak dak problem .... nak piii Tanjung pun boleh ... tapi kena minta kebenaran lah.
1977 - 1982 - Generasi Awal

Pada Mac 1977 - Pelajar Pioneers Pertama mula masuk MRSM Kulim. Pada masa tu cuma lebih kurang 150 pelajar (2/3 laki , 1/3 Perempuan) masuk mendaftarkan diri dan membuka lembaran baru bagi MRSM. MRSM Kulim merupakan MRSM ke empat setelah penubuhan MRSM Seremban, Kota Bahru dan Kuantan. Keadaan Geografi Ada 2 sungai kecil melalui kawasan ini yang menjadikan kawasan itu sebagai lembah dengan bukit di utara dan selatan kawasan tersebut. Sungai utama di tengah telah dibina dua empangan kecil untuk membuat kolam. Bangunan Kolam yang pertama terletak di antara tiga bangunan utama maktab masa itu; iaitu - Bangunan Akademik, Wisma Pelajar/Dewan Makan, dan Surau. Asrama Lelaki terletak di pinggir bukit selatan dengan dipisahkan dengan asrama Perempuan dengan sungai utama tadi (jadi susah nak melintas ... he he) Bangunan Akademik yang tiga tingkat tu menempatkan Pejabat, Perpustakaan, Bilik Video, Studio Musik, Kanteen dan bilik Jimnastik. Dewan Besar dengan lantai parquet tingginya tiga tingkat terletak ditengah2. Depan Perpustakaan ada satu ruangan terbuka (tak ada bumbung) macam taman kecil. Itu semua di tingkat bawah. Ditingkat satu di tempatkan pejabat guru dan semua makmal sains... kimia, biologi dan fizik ... serta pejabat sokongan bekalan bahan makmal... banyak abang makmal jadi member.... Bangunan lain seperti Pusat Sukan telah dibina kemudian atas bukit sebelah utara (yang ada tangki air tu). Kemudian tahun 1983 tempat tu juga dibina asrama Matrikulasi untuk Matrik USM. Bukit sebelah selatan sekat Asrama lelaki tak berapa dibangunkan kecuali pada tahun 1979 ada kandang kuda yang menempatkan 2 ekor kuda yang Almarhum Tunku Abdul Rahman (semuga Allah s.w.t. cucuri rahmat keatas beliau) sedekah pada kami. Nama kuda-kuda tersebut ialah Penaung dan Bangsawan (bekas kuda lumba). Walaubagaimanapun kandang kuda ni tak tahan lama sebab kemudian tempat tu lebih strategik dijadikan Rumah Warden. Sampai sekarang, lain dari Cikgu Mydin rasanya hanya 2 orang ajer yang tau apa jadi kat kuda2 tersebut. (TAPI KAMI TAHU SAPA YANG TAHU!!!!) Reka Bentuk Bangunan Akademik dan Dewan Makan/Wisma Pelajar akhirnya menjadi standard yang diikuti oleh hampir 6 MRSM Lain seperti MRSM Kuala Terengganu, Terendak dll. .... ini walaupun rekabentuk nya agak mudah dan nampak sempoi habis. (Webman's : Sebenarnya saya lebih suka yang unik sikit dari bentuk kotak..... ) Masa mula mula tu yang siap cuma 3 -4 dorm di sebelah perempuan and lebih banyak tinggal kat Wisma Pelajar. Bila dah ramai tau aje la kat Wisma tu .. jamban asyik sumbat. Asrama masa tu dibuat dari kayu dan berbentuk macam rumah panjang dan bersekat2 boleh menempatkan lebih kurang 42 orang. Asrama2 ni semua telah dibina oleh penuntut praktikal dari Institut Kemahiran MARA, Sungei Petani. Asrama kayu ni tinggi dari tanah macam rumah panjang tu lah ... jadi kalau nak lari boleh menyorok kat bawah.... Agaknya sebab tu hampir semua asrama ni dah dirobohkan dan buat asrama batu ... Gambar Asrama yang tinggal boleh dilihat disini Sebab masa tu tak banyak pokok ... program intensif masa tu ialah menanam pokok ... (sebagai program jasa baik Cikgu Mydin) ... tanam rumput kat padang ..sebab padang masa tu macam padang jarak padang tekukur. Yang banyak suruh tanam rumput dan cabut duri setiap masa ialah .. Cikgu Dzulkifli ..... merupakan salah satu Cikgu PE yang paling berpengetahuan dan "fit" sekali. Kakitangan Pengetua pertama ialah Encik (now Yg Bhg Dato') Mohd Mydin Mohd Shariff, yang menjadi pengetua sehingga awal tahun 1983 di mana beliau kemudian nya menjadi Presiden MARA Community College yang pertama di Jalan Gambang, Kuantan. Yg Bhg. Dato' Mydin pernah menjadi Ketua Pengarah MARA..... syabas Cikgu Mydin. Mungkin satu hari nanti kami dapat senaraikan semua guru "batch" pertama yang berkhidmat di sana. Suasana pelajar Masa tu tak ada pakaian seragam macam la nie ... ada "dress code" tapi tak le terikat sangat ... yang pakai seluar pendek (laki ler...) pun ada masa tu. Pakaian seragam telah diperkenalkan pada semester kedua tahun 1979. Warnanya ialah Baju - Perang cerah, Biru cerah dan Hijau cerah. Seluar - Perang gelap, Biru gelap dan Kelabu gelap. Untuk majlis rasmi Perang Cerah dan Perang Gelap. Kelas masa tu ada masa pagi aja. Seminggu sekali Cikgu Dzul akan kejutkan 3 kelas student sekali lalu pada lebih kurang pukul 5:30 pagi untuk senaman Taiso (macam Jepun) lari 1.5 km dan senaman. main bola dan lain permainan pun ada masa tu..... tahi mata pun ada lagi melekat dah kena lari pagi .... ini bahagian yang parah masa tu. Makan ...sebab masa tu belum ada Steward yang canggih lagi .... Makanan banyak ... Lauk malangnya belum sampai tahap sedap ... daging kadang-kadang liat macam tayar / plastik ... sayur sawi dia lebih keras dari betis Meramat a/l Tajak (pelari handalan Pioneers dari Sabah) , sisik ikan merah kembang bila masak lemak cair ...macam naga baru kena sembelih. Tapi sebab lapar punya hal .. semua balun. Kuih sedap ..sebab bila masa nak habis masa makan ada "lelong" and biasanya ada muka "biasa" yang tunggu kuih lelong. Lepas tu .. bila dapat Steward ...baru lah kami merasa makan "chicken chop" ... (kali pertama webmaster makan chicken chop ...ingat sampai la nie .. meleleh air mata...) Kelas biasanya mula pada 7:40 pagi. Kelas telah dibahagikan mengikut simbol matematik Greek - Alpha, Beta, Theta, Omega, Delta, Sigma. Ada tambahan nama kelas bila MRSM Muar Pioneers masuk tumpang satu semester.. dan bila Killerbatch (1979 -1983) ada lebih sikit .... Gamma, Epsilon, Phi, Kappa, dan ada berapa lagi yang saya tak ingat. Bilik kelas sendiri tak ada jadi kami bergerak dari satu billik ke satu bilik tiap kali bertukar matapelajaran. Seronok jugak time kelam kelibut tu. Masa mula mula .. kelas sampai tengah hari aja ... sampai 1980 baru mula kelas sampai petang untuk 3 hari seminggu. Penat habis. Hari yang tak ada kelas ada aktiviti ko-kurikulum. Masa mula-mula ada kumpulan yang tak ikut kelas dipanggil "homeroom". Ada lebih kurang 15 orang satu homeroom yang dinamakan Homeroom A hingga Homeroom K. Aktiviti homeroom kira aktiviti luar kelas macam lawatan, perkemahan, berniaga (burger dsb). Jual macam-macam dari T-shirt, rojak, mee rebus ... System homeroom ini telah ditamatkan pada tahun 1981 dimana akhirnya kelas di jadikan homeroom. Kami dah jadi biasa dengan perubahan sebab MRSM memang "experimental".... Pentadbiran Pelajar Sebab MRSM pada masa tu tak mengamalkan sistem "prefect"/pengawas, pentadbiran pelajar adalah melalui Majlis Perwakilan Pelajar Maktab (MPPM) sehingga tahun 1978. dari tahun 1978 MPPM telah diubah ke Badan Wakil Pelajar (BWP) yang wujud hingga sekarang !!! BWP adalah di pilih oleh para pelajar maktab melalui sistem demokrasi, bermakna ada pilihan raya dan musim berkempen ... perang poster pun ada. Undi adalah rahsia. Tapi kat MRSM Kulim tak ada parti ... dengarq cerita MRSM lain ada. Pengetua maktab berhak melantik 2-3 pelajar sebagai ahli BWP. Presiden Pertama MPPM ialah Sdr. Mohamad Khedzair Hj. Osman ... atau lebih dikenali dengan Det. Dia sekarang nie jadi Presiden Alumni MRSM Kulim . Nama Presiden BWP ada kat KMK sekarang ni diletakkan atas papan di Dewan Perhimpunan. Saya dapat tengok pun dari jauh sebab tak dapat masuk dewan (berkunci selalu) Pada tahun 1982, MRSM telah mewujudkan Lembaga Disiplin Pelajar yang di ketuai oleh seorang pelajar dan dua timbalan. LDP di tugaskan khusus dalam mengawal dan memperbaiki disiplin pelajar MRSM (kira macam pengawas lah). . Ketua LDP pertama MRSM Kulim ialah Sdr. Ahmad Zaki bin Md. Isa , yang pada masa itu juga merupakan Timbalan Presiden BWP. Tak berapa pasti apa jadi dengan LDP selepas itu. OK .... nanti aku pikiarq and ada masa sikit aku tambah lagi ..... Teruskan melawat.. Tolong bagi kayown@gmail.comtahu kalau ada kesilapan dalam coretan ingatan saya ini KAMI BETUL-BETUL BERHARAP SUMBANGAN DARI SAUDARA/I SEBAB KAMI DAH BANYAK LUPA BENDA YANG LEBIH MENARIK.... (DAH LANJUT DAH USIA NIEEE..)