MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009

PERSATUAN LEPASAN MRSM KULIM DI KL

Dan

ANSARA Cawangan Kulim

Adalah saya dengan penuh hormatnya memaklumkan, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2009 Persatuan Lepasan MRSM Kulim di KL dan ANSARA Cawangan Kulim akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 30hb Mei, 2009 (Sabtu)

Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg

Tempat : Bilik Orkid, BGR Restaurant, Bangi Golf Resort,

Bandar Baru Bangi, Selangor.

Aturcara:

2.00 ptg – Pendaftaran ahli dan jamuan ringan

2.30 ptg – Ketibaan jemputan khas

3.00 ptg – Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis

3.10 ptg – Ucapan Presiden Persatuan

3.20 ptg – Ucapan Perasmian Mesyuarat oleh wakil ANSARA Pusat

3.30 ptg – Mesyuarat bermula

2. Agenda MAT adalah seperti berikut:-

i. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan 2008;
ii. Membentang dan menerima laporan berkenaan aktiviti Persatuan bagi tahun 2008;
iii. Membentang dan menerima penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir pada 31hb Disember, 2008;
iv. Membubarkan AJK 2007/09;
v. Pemilihan dan pelantikan Pengerusi Sementara;
vi. Pemilihan AJK 2009/11;
vii. Membentang, membahas dan meluluskan usul, jika ada ;
viii. Perkara-perkara berbangkit;
ix. Penangguhan mesyuarat.

3. Sebarang usul dan cadangan adalah dipelawa untuk dibentangkan semasa MAT. Sila kemukakan usul dan/atau cadangan anda pada atau sebelum 16 Mei 2009 melalui email kepada setiausaha di alamat email:khairil [dot] taibatgmail [dot] com.

4. Pencalonan adalah dengan ini dibuka untuk jawatan-jawatan berikut:-

i. Presiden
ii. Timbalan Presiden
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Ahli Jawatankuasa
vii. Ahli Jawatankuasa
viii. Ahli Jawatankuasa
ix. Ahli Jawatankuasa
x. Pemeriksa Kira-kira
xi. Pemeriksa Kira-kira.

Pencalonan dibuka mulai sekarang dan akan ditutup pada 12:01 mlm 17 Mei 2009.

5. Pengumuman pencalonan akan dibuat dalam masa seminggu (1 minggu) dari tarikh pencalonan ditutup. Pencalonan boleh dibuat melalui email kepada setiausaha di alamat email:khairil [dot] taibatgmail [dot] com.

Sekian dimaklumkan.

Yang menjalankan tugas,

Khairil Anuar Mohamad Taib

Setiausaha,
Persatuan Lepasan MRSM Kulim di KL
dan ANSARA Cawangan Kulim.

Events Calendar

S M T W T F S
 
 
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
Add to calendar

User login

CAPTCHA
This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
Image CAPTCHA
Copy the characters (respecting upper/lower case) from the image.